Wajah Sebenarnya Lelaki Dalam Video Lucah Ustaz Azhar Dibongkar? Bantu sebarkan dan klaripikasi ! Semoga yang serng menyebarkan dan memfitnah akan menadapatkan Ajab yang besar Amiiin

Wajah Sebenar Lelaki Dalam Video Lucah Ustaz Azhar Dibongkar? Bantu sebarkan dan klaripikasi ! Semoga yang serng menyebarkan dan memfitnah akan menadapatkan Ajab yang besar Amiiin

  • Portal beritahariann.net Mendakwa Bahawa Lelaki Tersebut Merupakan Seorang Pelakon Filem Perancis Berjudul 'The Prophet'

  • Dalam Satu Lagi Posting Di Facebook Oleh Pencinta AbadiMendedahkan Bentuk Telinga UAI Dengan Lelaki Dalam Video Tersebut Terdapat Sedikit Perbezaan

  • Adakah Perkara Ini Benar? Sama-Sama Kita Tunggu Penjelasan Dari Ustaz Azhar Idrus.

    • 26 Oktober 2014: Pakar Forensik Siasat Kesahihan Video Lucah Ustaz Azhar Idrus

        • 792aImage via SAYS.com
          Ustaz Azhar Idrus (UAI) menjadi mangsa penyebaran video lucah.
      • Berikutan penyebaran klip video seks seorang lelaki mirip penceramah popular di Malaysia iaitu Ustaz Azhar Idrus, pihak polis kini membuka siasatan keatas rakaman video tersebut.
         mysumber.com
      • Menurut laporan media, klip video lucah itu telah dihantar ke Jabatan Forensik bagi merungkai kesahihan video yang mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia terutamanya peminat kepada Ustaz Azhar Idrus (UAI).
         mysumber.com
    • Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md. Isa Berkata, Pakar Forensik Kini Sedang Mengenal Pasti Keaslian Video Berkenaan Selain Menyiasat Sama Ada Ia Menggunakan Teknik Pertindihan

        • 65c9Image via mstar.com.my
          Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md. Isa.
      • “Kita juga akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi mengesan dalang yang menyebarkan video ini."
         kosmo.com.my
      • “Kita menyiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan iaitu berkaitan penyebaran dan memiliki bahan lucah. Jadi kita kena siasat dulu untuk pastikan dari mana punca video itu,” katanya ketika dihubungi.
         kosmo.com.my
    • Sementara Itu, Isteri Pertama Ustaz Azhar Idrus Merintih Kepiluan Melalui Status Di Facebook Sambil Menganggap Ini Merupakan Ujian Yang Sangat Hebat Buat Dirinya Dan Seluruh Ahli Keluarga

    • Ustaz Azhar Idrus Pula Terus Berdiam Diri Dan Memilih Untuk Tidak Melaporkan Perkara Ini Kepada Pihak Polis

      • Menurut sumber rapat kepada UAI, penceramah itu tidak akan membuat sebarang laporan polis berhubung penyebaran video lucah itu yang dianggap hanya niat jahat pihak tertentu untuk menjatuhkan imej beliau dan golongan ulama di negara ini.
         sinarharian.com.my
      • “Tiada laporan polis akan dibuat. Baik daripada pihak UAI sendiri atau pihak penyokong UAI,” kata sumber.

    • Semua Orang Pun Kenal Dengan Ustaz Azhar Idrus, Salah Satu Pendakwah Agama Paling Berpengaruh Dan Paling Popular Di Malaysia

    • Beberapa Hari Lalu, Video Seks Seorang Lelaki Mirip Ustaz Azhar Idrus (UAI) Sedang Berasmara Dengan Seorang Wanita Telah Tersebar Meluas Di Laman Sosial. Biar Betul?

        • 6f47Image via SAYS.com
          Video lucah mirip UAI berasmara dengan seorang wanita telah tersebar.
    • Apa Kata Orang Ramai? Daripada Pemerhatian SAYS, Majoriti Netizen Tidak Percaya Bahawa Individu Tersebut Adalah UAI. Mereka Menganggap Video Berkenaan Telah Diedit Untuk Dijadikan Bahan Fitnah.

    • Tetapi Ada Juga Yang Mendakwa Teknik 'Super Impose Editing' Adalah Sangat Mustahil Untuk Diaplikasikan Pada Video Bergerak Serta Akan Menelan Kos Yang Sangat Tinggi

    • Sementara Itu, Terdapat Sumber Yang Mengatakan Kes Ini Sebenarnya Berlaku Dua Bulan Lalu Dan Telah Pun Diselesaikan Secara Baik. Namun Begitu, Video Ini Kemudian Tersebar Atas Sebab Lain.

    • Lebih Menarik, Segelintir Pihak Menyifatkan Penyebaran Video Lucah Ustaz Azhar Idrus Ini Sebagai Satu Strategi Bagi Menutup Isu Kempen Sentuh Anjing Yang Kini Sedang Hangat Diperdebatkan

    • Tapi Yang Paling Hairan Apabila Melihat Orang Ramai Mengaitkan Isu Ini Dengan Politik Serta Menuduh Puak UMNO Sebagai Dalang Disebalik Pembuatan Video Fitnah Tersebut. Boleh Terima?

    • Persoalannya, Adakah Benar Lelaki Dalam Video Tersebut Ialah Ustaz Azhar Idrus?

        • 6e97Image via mstar.com.my
          Perbandingan wajah UAI sebenar (kiri) dengan lelaki miripnya dalam video tersebut.
    • Dalam Menjawab Persoalan Itu, Pembantu UAI, Zulkifli Wahab Menegaskan Penyebaran Video Lucah Itu Hanyalah Niat Jahat Pihak Tertentu Untuk Menjatuhkan Golongan Ulama Di Negara Ini

      • "Bukan... jangan percaya.. itu adalah usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan bukan saja Ustaz Azhar tetapi juga golongan ulama di negara ini. Kebelakangan ini seperti sudah wujud trend untuk menjatuhkan golongan ustaz dan ulama ini."
      • "Ini kerana pihak yang berkenaan seperti tidak senang duduk apabila melihat masyarakat Islam di Malaysia sekarang semakin suka dan rajin ke majlis ilmu hingga program ceramah agama dan dakwah sudah menjadi fenomena sekarang."
         rotikaya.com
      • "Justeru, pihak tertentu sengaja merancang usaha kotor ini untuk menjatuhkan ulama dan memesongkan akidah umat Islam di negara ini. Ia termasuklah program 'I Want To Touch A Dog' di ibu kota baru-baru ini. Mereka akan buat apa saja untuk merosakkan umat Islam," jelas Zulkifli.
         mstar.com.my
    • Bagaimana Pula Respon Ustaz Azhar Idrus? Dalam Perkembangan Terbaru, UAI Dikatakan Mengambil Pendekatan Kunci Mulut Serta Enggan Memberi Sebarang Komen Buat Masa Ini.

      • Mengetahui wartawan sedang memburunya untuk mendapatkan komen berhubung isu sensasi ini, UAI bertindak mengelak diri dengan keluar dari pintu belakang Masjid Taqwa, Kuala Terengganu semalam (23 Oktober 2014).
         mynewshub.cc
        • 55f3Image via wanista.com
          UAI ketika majlis nikah bersama isteri ketiga pada 26 Mei 2013.
      • Beliau seterusnya bergegas ke rumah salah seorang penduduk berdekatan yang dikawal rapi oleh penyokongnya dan Unit Amal Pas Kawasan Batu 6. Di sini pihak media tidak dibenarkan masuk dan diarahkan beredar.
      • Tindakan tersebut membuatkan wartawan yang lama menunggu sehingga selesai solat Isya’ untuk bertemu UAI tidak dapat berbuat apa-apa melainkan memberitahu bahawa penceramah tersebut ‘melarikan diri’ dan enggan memberi komen.
    close
    ==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==